"PEMUDA HARAPAN BANGSA.."
ipps.media
“Jika kamu mau melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Sayidina Ali R.A
Dikutip dari kata-kata Sayidina Ali r.a. telah menunjukkan bahawa, jatuh bangunnya sebuah negara terletak di tangan remaja masa kini kerana mereka merupakanwaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Ironinya, remaja kini dikenali sebagai ‘Generasi Y’, semakin hari semakin tidak memahami tujuan hidup mereka sebagai manusia, malah ramai yang terjebak ke lembah gejala sosial yang tidak bermoral. Bersuka ria di kelab malam, terlibat dalam perlumbaan haram, penyalahgunaan dadah, seks rambang dan sebagainya, seolah-olah ia menjadi rutin wajib bagi mereka.
Ditambah lagi budaya Barat tidak henti- henti meluru masuk, mahu ‘membunuh’ jiwa-jiwa ‘hijau’ ini dengan racun hedonisme, sekularisme, liberalisme dan bermacam-macam lagi. Mereka diburu dari segenap arah; pemikiran, pakaian, pergaulan, hiburan dan cara hidup. Tanpa kita sedar, musuh-musuh itu sering mengintai-intai segenap ruang dan peluang untuk memesongkan pemuda pemudi Islam jauh dari landasan Islam yang sebenar.
Andai tiada pertahanan yang kuat, mereka akan tersungkur rebah dalam semua ‘serangan’ tersebut. Gagasan hidup akan hancur, malah hanyut dibawa arus dan derasglobalisasi yang menyesakkan. Fenomena ini bukan lagi asing, malah telah menjadi darah daging kita, yang mana sukar untuk dihapuskan. Kesannya, pemuda pemudi Islam hidup dengan tidak berlandaskan syariat, bahkan mengikut corak kehidupan Barat. Buktinya, masih ramai yang menyibukkan diri dengan perkara-perkara lagha (lalai), jauh dari tujuan hidup di atas muka bumi ini.
Menelusuri sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh, sebaik-baik raja dan mempunyai sebaik-baik tentera, menakluki Kota Konstantinopel (Istanbul) ketika remaja, seawal umur 21 tahun sehingga berjaya membuktikan hadith Nabi S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
Kemudian, bergegak gempitalah seluruh umat Islam ketika itu, hadith Baginda S.A.W ternyata benar, wilayah Islam kian menyinar. Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh daripada mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al-Fateh sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh sehingga saat beliau meninggal dunia. Pemuda-pemuda itu telah pun membuktikannya. Ternyata, barisan pemuda juga adalah penjulang panji-panji Islam satu ketika dahulu. Adakah kita tidak pernah menoleh ke belakang sebentar? Belajar dari sejarah, agar nanti kita juga bakal mencipta sejarah yang juga megah. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk sebuah kemenangan yang diimpikan semua masyarakat Islam terutamanya.
Justeru, pemuda pemudi haruslah mempunyai jati diri yang teguh berpaksikan aqidah yang mantap, merupakan asas dan kekuatan utama ke arah tertegaknya masyarakat Islam seterusnya negara yang unggul. Di samping itu, mereka juga mampu ‘bertahan’ ketika persekitaran cuba menekan dan mempengaruhi dari segenap pelusuk dan arah supaya musuh-musuh yang cuba meracuni akal fikiran dapat ditongkah dengan sebuah benteng yang kuat, bernama iman dan takwa.
Ia merupakan kewajipan kepada seluruh umat Islam memahami tujuan dan matlamat perutusannya ke atas muka bumi ini selaku hamba kepada Allah S.W.T sekaligus merangkap khalifatullah fial-ard (khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi).
“Pengganti secara umum terhadap Rasulullah S.A.W dalam hal memelihara agama dan mengatur dunia dengannya”.
Tokoh pendidik dan motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah menyatakan, “Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”. Kata-kata tersebut benar-benar menyuntik kesadaran kita agar insaf dan bangkit segera daripada lamunan. Sebagai anak nusa yang mempunyai jati diri, kita dibebani amanah untuk menggalas tanggungjawab kepada negara. Pemuda pemudi hendaklah segera bangkit dengan persediaan mental dan fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling bernilai kepada tanah air tercinta.
bulletin
Ag17

Komentar
Posting Komentar